SEPTEMBER 2023

Agong Akhiri Kembara Kenali Borneo Di Telok Melano


SEMATAN: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rombongan mengakhiri Kembara Kenali Borneo di Telok Melano, Sematan pada Rabu.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg. 

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada jam 12.40 tengah hari turut

disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sambil disambut meriah oleh penduduk dari sekitar Sematan dan Lundu.

Sejurus ketibaan Al-Sultan Abdullah di perkarangan titik 0.0 kilometer (KM) Telok Melano, baginda berkenan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat dan para pengamal media yang lain.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan mencemar duli merasmikan pecah tanah Masjid Al Sultan Abdullah dan melawat pameran projek masjid berkenaan.

Sumber dari : Sarawakku